May 30, 2014

#3

aku sedar aku tidak punya rupa
aku sedar aku bukan siapa-siapa
tidak pernah mendabik dada
kerana aku tahu kedudukan aku di mana
ya Tuhan
bukan niat di hati ingin meratap hiba
aku tahu ciptaan Mu semuanya indah belaka
tetapi mengapa manusia memilih rupa
aku bersyukur kerana aku masih sempurna
cuma aku agak terasa
kerana aku cuma hamba Mu yang biasa

#2

Ada dua biji epal.
1 biji cantik luarannya
1 biji lagi buruk luarannya
Tanpa dibelah sudah pasti kau pilih yang cantik luarannya kan?
 Itu memang fitrah manusia
Sukakan yang cantik
Yang sempurna
Jadi jangan kata cinta tidak mengenal rupa
Itu semua dusta